|
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berangkat meninggalkan Shenzhen setelah menghadiri Lawatan Rasmi di Republik Rakyat China pada 11 hingga 15 Mei 2026.
Juga berangkat Anaknda-Anaknda Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia iaitu Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman; dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.
Sebelum berangkat, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Abdul Hamid.
Hadir di Shenzhen Bao’an International Airport bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia ialah Ms. Cao Saixian, Director-General, Shenzhen Foreign Affairs Office.
Turut hadir bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Awangku Muhammad Saifuddin bin Pengiran Dato Paduka Haji Sallehuddin, Kuasausaha Sementara di Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Republik Rakyat China, dan Isteri.
|
Date: 5/15/2026
Owner: Mohamad Azmi Awang Damit
Size: 5 items
|